Terma dan Syarat Umrah
TEMPAHAN DAN BAYARAN PENDAHULUAN
Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tarikh bertolak. Bayaran pendahuluan sebanyak RM1000.00 hendaklah diserahkan /di bank-in ke dalam akaun syarikat. Sebarang transaksi tunai melalui ejen adalah menyalahi Akta Industri Pelancongan 1992.
BAYARAN PENUH
Bayaran penuh hendaklah dibuat tidak kurang daripada 40 hari sebelum tarikh berlepas. Bayaran menggunakan cek hendaklah dibuat 50 hari sebelum bertolak.
BAYARAN TAMBAHAN BAGI BILIK PERSEORANGAN ATAU MEMILIH BILIK
Susunan bilik ditentukan oleh pihak syarikat di setiap destinasi. Jika peserta memilih untuk bersendirian atau disebabkan keadaan memilih bilik yang lebih baik daripada yang disediakan untuk pakejnya, peserta hendaklah membuat tambahan harga.
PEMBATALAN
Sekiranya terdapat peserta yang ingin membatalkan tempahan, mereka perlu memberitahu ZHB Hijrah Travel Sdn Bhd secara bertulis (bagi mengelakkan salah faham). Wang pembatalan akan dikenakan seperti berikut:-
- a) Deposit pendaftaran (RM1000.00) : Tidak dikembalikan
- b) Sebelum 31 hari daripada tarikh berangkat : 50% daripada harga pakej.
- c) 15 hingga 30 hari daripada tarikh berangkat : 70% daripada harga pakej.
- d) Kurang daripada 15 hari sebelum berangkat : 100% daripada harga pakej.
Bayaran berikut juga akan diambil kira dan dikenakan:-
- a) Bayaran visa penuh sekiranya urusan visa telah dibuat.
- b) Surcaj/penalti tiket sekiranya penempahan tiket telah dibuat.
- c) Surcaj hotel sekiranya penempahan hotel telah dibuat.
- d) Bayaran RM200 sekiraya beg dan buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
Tiada bayaran balik sekiranya peserta tidak hadir waktu berlepas, Pembayaran yang telah dibuat tetapi tidak mencukupi pada tarikh yang ditetapkan, nama peserta akan dibatalkan dari tempahan. Pemulangan bayaran akan dikembalikan selepas 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.
DOKUMEN PESERTA
Dokumen lengkap mesti diserahkan 40 hari sebelum bertolak.
Dokumen yang diperlukan bersama permohonan umrah adalah:-
- Passport antarabangsa yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan daripada tarikh ketibaan di Arab Saudi serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.
- Salinan kad pengenalan (Disahkan oleh JPN)
- Buku/sijil suntikan Meningitis (ACYW135)
- 4 keping gambar mengikut syarat-syarat berikut:-
- Berlatar belakang warna putih.
- Saiz gambar berukuran 6cm x 4cm
- Jarak kepala ke dagu 4cm
- Jarak telinga ke telinga 3cm
- (Close-up 70 to 80%)
- Lelaki tidak memakai songkok atau kopiah.
- Berbaju gelap/hitam untuk lelaki.
- Bertudung hitam/gelap bagi wanita.
- Salinan sijil nikah bagi pasangan suami isteri (Disahkan oleh Jabatan Agama Islam dan Wisma Putra)
- Salinan sijil lahir anak bagi jemaah yang membawa anak. (Disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra)
- Salinan kad pengenalan mahram. (Disahkan oleh JPN)
Pihak syarikat akan memaklumkan dokumen-dokumen lain yang diperlukan mengikut kes dan permintaan pihak pengurusan visa / kedutaan Arab Saudi.
INSURAN PERJALANAN (TRAVEL INSURANCE)
Kami menasihatkan kepada semua peserta untuk mempunyai/membeli insuran bagi melindungi mereka semasa di dalam perjalanan/umrah.
HARGA PAKEJ
Harga pakej adalah tertakluk kepada harga tiket penerbangan dan pengurusan di setiap destinasi. Ia boleh berubah tanpa sebarang notis. Harga pakej juga tertakluk kepada tukaran wang asing sewaktu pembayaran dibuat. Segala penambahan untuk harga pakej hendaklah dijelaskan sebelum bertolak. Jika bayaran penuh tidak dijelaskan maka pihak syarikat berhak memotong terus namanya daripada senarai pakej. Pemulangan wang akan dibuat dalam tempoh 3 bulan setelah ditolak mengikut syarat-syarat pembatalan tempahan.
TIKET
Tiket yang telah ditempah/dikeluarkan tidak boleh dikembalikan atau ditukar kepada nama penumpang yang lain. Penumpang yang berdaftar sahaja boleh menggunakan tiket tersebut. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab dengan pengurusan visa sekiranya penumpang hanya membeli tiket sahaja dengan pihak syarikat.
HOTEL DAN PENGINAPAN
Pihak syarikat tidak akan bertanggung jawab atas segala ganti rugi jika hotel/penginapan yang dijanjikan tidak dapat dipenuhi. Walaubagaimanapun, pihak syarikat akan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan hotel/penginapan yang setaraf dengannya. Pemilihan bilik untuk bersama keluarga hendaklah diberitahu kepada syarikat secara bertulis. Ini akan cuba dipenuhi mengikut kemampuan. Penyusunan bilik akan ditentukan oleh pihak syarikat.
TANGGUNGJAWAB
Semasa di tanah suci, pihak ZHB Hijrah Travel Sdn Bhd bertanggungjawab menyediakan sajian makanan, penginapan dan segala keperluan seperti didalam aturcara perjalanan. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kecederaan, kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan tempat penginapan, pengangkutan atau lain-lain perkhidmatan yang berhubung secara langsung atau tidak langsung akibat kecuaian jemaah, kebakaran. bencana alam dan sebagainya.
Pihak syarikat berhak untuk menukar aturcara perjalanan, tempat penginapan dan lain-lain tanpa sebarang notis kepada peserta. Sekiranya perlu, pihak syarikat berhak untuk membatalkan acara rombongan sekiranya terpaksa dan segala pembayaran yang dibuat akan dikembalikan.
Sekiranya ada pengaduan peserta yang berkaitan rombongan umrah, hendaklah dibuat secara bertulis (rasmi) semasa di tanah suci kepada wakil syarikat atau ketua rombongan untuk diperbaiki.
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap perbelanjaan ubat-ubatan dan hospital. Pihak syarikat juga tidak akan menanggung kos perbelanjaan untuk apa jua aktiviti selain daripada yang telah disediakan oleh pihak syarikat.
Semua lebihan timbangan berat bagasi adalah tanggungjawab peserta sendiri. Peserta hendaklah menguruskan bagasi masing masing untuk pemeriksaan kastam dan daftar masuk bagasi kedalam pesawat.
Sekiranya kehilangan bagasi/barang daripada pesawat, peserta hendaklah membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan kerana ia dibawah tanggungjawab syarikat penerbangan.
