ZIARAH DALAM & LUAR MAKKAH & MADINAH

ZIARAH DALAM MAKKAH

1) Masjidil Haram

Masjidil Haram terdapatnya Baitullah  (Ka’bah) iaitu kiblat umat Islam dalam mengerjakan solat dan ia terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi.

Ka’bah pertama dibina oleh Nabi Adam A.S dengan bantuan para malaikat. Kemudian, Allah S.W.T perintahkan Nabi Ibrahim A.S untuk membaiki Ka’bah. Dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail A.S, mereka membaiki Ka’bah dan membina masjid di sekitar Ka’bah.

Setelah Ka’bah siap dibangunkan, pembangunan Masjidil Haram dilakukan bertujuan untuk memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah di Tanah Suci.

2) Jabal Qubais

Jabal Qubais adalah gunung atau bukit yang terletak di sebelah timur Makkah yang berdekatan dengan Masjidil Haram.

Gunung Abi Qubais menjadi saksi beberapa sejarah iaitu pembuktian salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W, iaitu terbelahnya bulan.

Kafir Quraisy telah meminta Nabi Muhammad S.A.W membuktikan kenabiannya agar baginda S.A.W membelah bulan. Dengan kekuasaan Allah S.W.T, bulan itu terbelah menjadi dua dengan tunjukan jari baginda S.A.W.

Peristiwa ini disaksikan oleh kaum musyrikin Makkah bahawa bulan itu terbelah dua, belahan pertama berada di atas Jabal Qubais, dan belahan kedua bergerak kearah Jabal Qaiu’an atau Qu’aiqu’an yang terletak berhadapan dengan bukit Marwah.

3) Rumah Al-Arqam (Darul Arqam Bin Abi Al-Arqam)

Sebelum Islam tersebar, Rasulullah S.A.W berdakwah secara bersembunyi di salah satu rumah sahabat. Rumah pertama yang dipakai menyampaikan risalah Islam adalah rumah anak muda bernama Arqam bin Abi Arqam.

Rumah Al-Arqam berada di tempat yang tersembunyi di bukit Safa. Di sinilah, Rasulullah S.A.W mula berdakwah dan mendirikan solat bersama-sama para sahabat yang beriman.

Selepas Sayyidina Umar al-Khattab memeluk Islam, barulah umat Islam beramai-ramai mendirikan solat di Masjidil Haram.

4) Rumah kelahiran Rasulullah S.A.W

Nabi Muhammad S.A.W lahir pada tahun 571 Masihi di rumah datuknya, Abdul Muthalib yang kini menjadi perpustakaan.

Ia terletak di Syuaib Ali di perkampungan Suqul Lail jalan al-Malik. Perpustakaan itu diberi nama Maktabah Makkah Mukarramah.

Keputusan menjadikan Maulid Nabi Muhammad S.A.W sebagai perpustakaan adalah bertujuan melindungi akidah serta keyakinan umat Islam daripada syirik kepada Allah S.W.T.

5) Perkuburan Ma’la adalah pemakaman keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah S.A.W, kemudian dijadikan sebagai pemakaman umum.

Ia juga dikenali dengan nama Jannatul Ma’la bermaksud syurga al-Ma’la. Perkuburan ini terletak sekitar 1-2 km arah utara dari Masjidil Haram.

Al-Ma’la terbentang di dataran tinggi bukit Jabal As-Sayyidah, perkampungan Al-Hujun. Di sinilah bersemadinya isteri Rasulullah S.A.W, Sayyidatina Khadijah, para sahabat dan para tabi’in yang wafat di Makkah.

6) Masjid Jin

Masjid Jin terletak tidak jauh dari perkuburan Ma’la. Masjid Jin juga disebut dengan Masjid Al Bai’ah.

Nama masjid ini diambil dari suatu peristiwa yang berhubungan dengan para bangsa jin. Nabi Muhammad S.A.W menulis surat ke Ibnu Mas’ud ketika menerima rombongan jin yang ingin membaiat dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W memujuk jin-jin untuk memeluk agama Islam. Surah Jin diturunkan merujuk kepada peristiwa ini dan memberitahu akan peristiwa alam ghaib.

7) Masjid Pokok (Masjid Syajarah)

Masjid pokok adalah sebuah masjid di Makkah yang terletak tidak jauh daripada Masjidil Haram ke arah Rozzah (padang Arafah).

Inilah tempat Nabi Muhammad S.A.W dikunjungi beberapa orang Arab. Mukjizat yang diturunkan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W boleh berbicara dengan pokok.

Dikisahkan, Nabi Muhammad S.A.W memanggil sebuah pohon yang terletak di Masjid Syajarah, lalu pohon tersebut berjalan mendekatinya. Kemudian, Nabi Muhammad S.A.W meminta pohon itu kembali semula ke tempat asalnya.

8) Perkampungan Bani Hashim

Kerajaan Bani Hashim bertapak di Jordan, adalah daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Ini berlaku dengan terjadinya pemulauan perkampungan Bani Hashim.

Ia adalah sebuah peristiwa pemboikotan bertujuan meletakkan tekanan terhadap Bani Hashim supaya menarik semula perlindungan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Ia juga mengisytiharkan bahawa tiada sesiapa boleh berkahwin atau menerima wanita serta tidak boleh berjual beli dengan mereka.

Akhirnya, pemboikotan yang berlangsung selama tiga tahun. Kemudian, dimansuhkan kerana rakyat Makkah berasa kasihan akan penderitaan terhadap Bani Hashim.

ZIARAH LUAR MAKKAH

1) Ji’ranah

Ji’ranah adalah nama sebuah perkampungan Wadi Saraf (lembah Saraf) yang dikelilingi bukit-bukit batu. Masjid Ja’ranah terletak kira-kira 20-25 kilometer dari Makkah.

Masjid ini digunakan untuk miqat dan berihram bagi penduduk Makkah. Di sini juga, Rasulullah S.A.W pernah meninggalkan para tawanan dan harga rampasan perang yang diambilnya dari Hawazin, dalam peperangan Hunain pada 8 Hijrah.

Lalu, datang para utusan Hawazin memohon kepada Rasulullah S.A.W agar membebaskan para tawanan. Di Ji’ranah juga, Rasulullah S.A.W berihram dan mengerjakan umrah pada malam itu. Lalu, Rasulullah S.A.W menyuruh para tentera untuk kembali ke Madinah.

 

2) Jabal Nur

Jabal Nur adalah sebuah bukit kira-kira tiga kilometer dari Masjidil Haram, di sebelah kiri jalan ke Arafah.

Jabal Nur terletaknya Gua Hira yang menjadi tempat persinggahan Nabi Muhammad S.A.W saat menerima wahyu pertama dari Allah S.W.T melalui Malaikat Jibril. Di sinilah tempat Nabi Muhammad S.A.W sering beribadat dan bermunajat kepada Allah S.W.T selama tiga tahun.

Pada 17 Ramadhan, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W iaitu Surah al-Alaq ayat 1-5, yang meletakkan diri baginda S.A.W sebagai rasul.

3) Jabal Tsur adalah gunung tertinggi di kota Makkah yang terletak kira-kira 5 km dari kota Makkah yang memiliki 3 puncak yang bersambung dan berdekatan.

Di sinilah tempat Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi selama tiga hari, berlindung dari ancaman kafir Quraisy sebelum berhijrah ke Madinah.

 

4) Jabal Rahmah

Jabal Rahmah berada di bahagian timur Padang Arafah di kota Makkah. Di Lembah Jabal Rahmah, berlaku tiga peristiwa agung melibatkan tiga Nabi Allah S.W.T.

Peristiwa pertama adalah pertemuan Nabi Adam A.S dan Siti Hawa setelah dipisahkan dan diturunkan dari syurga oleh Allah S.W.T.

Peristiwa kedua adalah kisah mimpi Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih putera kesayangan baginda, Nabi Ismail A.S. dan peristiwa ketiga adalah turunnya wahyu Allah S.W.T yang terakhir kepada Nabi Muhammad S.A.W.

5) Padang Arafah

Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. 

Peristiwa di Padang Arafah mengingat kembali dimana Nabi Adam A.S dan Siti Hawa diturunkan ke bumi dari syurga kerana ingkar perintah Allah S.W.T dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Mereka telah dipisahkan di dunia dan mengambil masa yang lama untuk bertemu kembali.

 

6) Muzdalifah

Muzdalifah adalah suatu kawasan yang terletak di antara Mina dan Arafah di Arab Saudi. Kawasan ini merupakan sebahagian dari Tanah Haram iaitu tempat mengutip anak batu untuk melontar jamrah.

Umat Islam yang menunaikan ibadah Haji pada bulan Zulhijjah diminta untuk berada di Muzdalifah dan bermalam di sana hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

 

7) Mina 

Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 km dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina adalah tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji.

Mina menjadi tempat bagi Nabi Ibrahim A.S melaksanakan perintah Allah S.W.T untuk menyembelih putranya, Nabi Ismail A.S dan pelaksanaan melontar jamrah.

Pelaksanaan melontar jamrah berlaku kerana Nabi Ibrahim A.S diuji oleh syaitan. Lalu, Nabi Ibrahim A.S melempar syaitan itu dengan batu. Oleh sebab itu, wajib ke atas setiap jemaah untuk melempar jumrah semasa mengerjakan haji.

 

8) Hudaibiyah

Hudaibiyah merupakan kota yang berada di sekitar 26 kilometer dari Masjidil Haram. Hudaibiyah menjadi pintu masuk kecemerlangan dan kemenangan kaum Muslimin dalam menaklukkan Kota Makkah.

Inilah tempat Rasulullah S.A.W dan kaum Quraisy Makkah membuat perjanjian untuk saling tidak menyerang. Ia membuka peluang umat Islam Madinah untuk mengislamkan penduduk Kota Makkah.

 

9) Muzium Al Amoudi

Muzium Al Amoudi terletak di daerah pinggiran Makkah, berdekatan El Shimeisi, Ia mengambil masa 15 minit dari Masjidil Haram dengan menaiki kenderaan.

Nama muzium ini diambil sempena dengan nama pemiliknya iaitu Abu Bakar Al Amoudi. Dari luar, reka bentuk Muzium Al Amoudi dibina menyerupai benteng kubu Arab lama dan mempunyai keunikan tersendiri.

Muzium ini lengkap dengan peradaban dan perlengkapan kehidupan masyarakat Arab di zaman dahulu.

 

ZIARAH DALAM MADINAH

1) Tsaqifah Bani Sa’idah adalah tempat dimana peristiwa pertama setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ke-11 Hijrah berlaku yakni tempat dimana para sahabat memberi Baiah kepada Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Ia terletak di sebelah Barat Masjid Nabawi iaitu bersebelahan sumur Badza’ah. Di sinilah sahabat-sahabat dari golongan Muhajirin dan Ansar berkumpul untuk membuat keputusan memilih seorang pemimpin setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.

 

2) Perkuburan Baqidikenali sebagai Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Disinilah tempat bersemadinya isteri-isteri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Dianggarkan seramai 10,000 sahabat disemadikan di tanah perkuburan Baqi’. Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah SAW pada hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

MaksudnyaSiapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana.

Hadith riwayat al-Tirmidzi: (3917)

 

AL BAQII

Antara ahlul bait Rasulullah SAW dan para Sahabat RA yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ ialah:

  • Fatimah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Zainab RA. Puteri–puteri kesayangan Rasulullah SAW.
  • Saidina Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Cucu Rasulullah SAW.
  • ‘Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab Bint Khuzaimah, Ummu Salamah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Safiyah, Zainab Bint Jahsy. Isteri-isteri Rasulullah SAW
  • Uthman Ibn ‘Affan, Abu Sa’id al-Khudri, Sa’ad Ibn Mu’adz al-Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain para Sahabat Rasulullah SAW yang mulia.

 

3) Tsaqifah Bani Sa’idah

Masjid Al Ghamamah terletak di barat daya sekitar 300 meter dari Masjid Nabawi. Al Ghamamah bermaksud tempat bernaung atau awan yang menaungi.

Pada awalnya, masjid Al Ghamamah adalah sebuah kawasan tanah lapang dikenali sebagai Al-Mushalla. Masjid ini merupakan tempat Rasulullah S.A.W melakukan solat istisqa’ untuk memohon kepada Allah S.W.T agar diturunkan hujan.

Pelaksanaan ini dilakukan untuk membantu masyarakat Madinah yang dilanda kekeringan. Setelah selesai menunaikan solat dan berdoa, awan mendung datang berkumpul lalu hujan lebat turun membasahi tanah Al-Mushalla.

 

4) Masjid Abu Bakar

Masjid Abu Bakar merupakan salah satu dari tiga masjid tua bersejarah di Barat Daya Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak jarak sekitar 330 meter daripada Masjid Nabawi.

Terdapat dua peristiwa berkaitan dengan sejarah masjid Abu Bakar. Peristiwa pertama adalah Khalifah Abu Bakar Siddiq pernah mengetuai solat Aidilfitri bersama Rasulullah S.A.W dan umat Islam terdahulu.

Peristiwa kedua, lokasi masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Abu Bakar Siddiq. Oleh itu, nama masjid ini pun dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.

 

5) Masjid Ali

Masjid Ali terletak di Jalan Al-Munakhah, sekitar 300 meter dari arah barat Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan rumah kediaman Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

Masjid Ali juga pernah digunakan Rasulullah S.A.W untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Kemudian, baginda S.A.W menisbahkan nama masjid ini kepada Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

 

6) Taman Raudhah

Raudhah adalah sebuah sudut tempat yang berada dalam Masjid Nabawi di Madinah. Ia terletak di antara rumah Nabi Muhammad S.A.W dan mimbar syarif. Rasulullah S.A.W sendiri memberi nama tempat tersebut Raudhatul Jannah yang bermaksud taman-taman syurga. Raudhah tempat yang mustajab untuk berdo’a.

Disinilah tempat Rasulullah S.A.W melakukan beribadah, memimpin solat, menerima wahyu, dan juga tempat solat bagi para sahabat.

Baginda S.A.W juga sering duduk di Raudhah untuk membacakan wahyu dan mengajarkannya kepada para sahabat.

 

7) Muzium Nabawiyah

Muzium Nabi Muhammad S.A.W terletak halaman Masjid Nabawi, kota Madinah.

Muzium ini bertujuan memberi pelajaran tentang kesederhanaan dan cerminan cara hidup Rasulullah S.A.W.

Muzium ini adalah warisan bersejarah bagi menunjukkan pendekatan sebenar Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Islam ke seluruh dunia dengan menunjukkan sikap toleransi dan kesederhanaan Islam.

 

8) Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar & Saidina Umar

Makam Rasulullah S.A.W berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi. dan menjadi salah satu tempat teristimewa di Tanah Suci Madinah.

Makam Rasulullah S.A.W pada awalnya adalah kamar baginda S.A.W dan isterinya, Saidatina Aisyah R.A.

Makam Rasulullah S.A.W pada awalnya dinamakan Masqurah. Setelah masjid diperluaskan, makam baginda S.A.W dimasukkan dalam bangunan masjid dengan kubah berwarna hijau.

Di samping makam Rasulullah S.A.W, ada makam sahabat, iaitu Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Sayyidina Umar Al-Khattab.

 

 

 

ZIARAH LUAR MADINAH

1) MASJID QUBA adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat Islam semasa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Madinah.

Sebelum baginda S.A.W dan para sahabat sampai ke Madinah, mereka telah singgah di sebuah perkampungan yang bernama Quba. Sahabat baginda bernama Ammar R.A bercadang untuk mendirikan tempat beristirehat dan tempat solat Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

Cadangan itu dipersetujui oleh baginda S.A.W dan para sahabat. Maka, di situlah terbinanya Masjid Quba. Pembinaan ini merupakan suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu.

Setelah Masjid Quba siap dibina, Nabi Muhammad S.A.W meneruskan perjalanan kembali ke kota Madinah.

 

2) Masjid Jum’ah

Masjid Jum’ah terletak di Wadi Ranawna iaitu di perkampungan Bani Salim bin Auf kira-kira 500 meter dari Masjid Quba dan lebih kurang 2.5 km dari Masjid Nabawi.

Setelah 4 hari berada di Quba, baginda S.A.W bersama para sahabat melanjutkan perjalanan menuju Madinah pada pagi hari Jumaat. Ketika itu, waktu solat Jumaat telah masuk dan baginda S.A.W berhenti di Wadi Ranuna untuk menunaikan solat Jumaat.

Di tempat solat itu, baginda Rasulullah S.A.W kemudian mendirikan masjid sebagai peringatan atas pelaksanaan solat Jumaat dan menamakannya dengan Al-Jum’ah (Jumaat).

 

3) Masjid Qiblatain

Masjid Qiblatain merupakan saksi perpindahan kiblat solat umat Islam. Tempat ini terletak di Al Qiblatain, Madinah, bernama Masjid Bani Salamah.

Peristiwa ini berlaku pada 2 Hijrah, di mana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat mengerjakan solat zohor di Masjid Bani Salamah berkiblatkan Baitul Maqdis.

Ketika itu, turun wahyu daripada Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W agar memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram.

Sebaik sahaja mendengar perintah itu, baginda S.A.W memutarkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Sejak peristiwa itu, arah kiblat umat Muslim pun berubah ke arah Ka’bah di Masjidil Haram, Makkah.

 

4) Jabal Uhud

Satu-satunya gunung di dunia ini yang akan ada di dalam syurga kelak. Gunung ini menjadi saksi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dalam pertempuran Uhud melawan kafir Quraisy.

Perang Uhud berlaku pada tahun 625 Masihi yang melibatkan seramai 700 orang kaum Muslimin dan 3,000 kafir Quraisy.

Perang Uhud meninggalkan kisah pilu di mana ratusan sahabat Nabi Muhammad S.A.W gugur di medan perang termasuk bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W, Hamzah bin Abdul Mutalib.

 

5) Parit Khandaq (Masjid Khamsah) Masjid Khamsah yang terletak 3km sebelah barat laut Masjid Nabawi. Sejarah Masjid Khamsah ini berawal dari perang Ahzab. Kaum muslimin sebanyak 3000 pasukan berhadapan dengan pasukan koalisi yang terdiri dari 4000 pasukan kafir Quraisy yang bergabung dengan pasukan Yahudi dari Bani Quaraidhah dan lain-lain sebanyak 6000 orang, sehingga pasukan gabungan itu berjumlah 10.000 orang.Untuk menghadapi pasukan Ahzab ini, Salman al-Farisi memberikan masukan yang cemerlang dengan cara membuat parit (Khandaq) sepanjang kurang lebih 2,5 km, kedalaman kurang lebih 3,5 meter dan lebar kurang lebih 4,5 meter. Kaum muslimin bertahan di belakang parit itu, sehingga pasukan lawan mendapat kesulitan untuk menyerang secara langsung. Salah satu kemenangan pejuang islam ketika dulu. 

 

6) Al Hejaz Railway Museum Salah satu warisan dunia UNESCO lainnya yang ada di Madinah. Di Museum ini terdapat peninggalan sejarah zaman Othmaniah termasuk sejarah keretapi yang menghubungi Istanbul dengan Madinah.